Pendaftaran Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) bagi tender negeri.
Johor Centre for Construction Development (JCCD) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk mendaftar dan memantau kualiti kontraktor binaan bagi projek-projek kerajaan tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor.
Astra Management Services beroperasi dari Johor. Kami sangat faham akan SOP dan syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh JCCD. Biar kami percepatkan proses permohonan anda.
Johor Centre for Construction Development (JCCD) adalah badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mendaftar, memantau dan menilai kualiti kontraktor pembinaan yang beroperasi di negeri Johor.
JCCD diperlukan bagi kontraktor yang ingin menyertai tender dan projek kerajaan negeri Johor serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Johor.
CIDB adalah badan persekutuan yang diiktiraf seluruh Malaysia, manakala JCCD adalah khusus untuk negeri Johor. Sesetengah projek kerajaan Johor memerlukan kontraktor memiliki kedua-dua sijil.
Sijil JCCD sah selama 1 tahun dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh bagi memastikan kelayakan menyertai tender negeri Johor tidak terputus.
Kami beroperasi dari Johor dan memahami sepenuhnya SOP serta syarat khusus JCCD. Kami uruskan keseluruhan proses permohonan dari penyediaan dokumen hingga kelulusan sijil.